Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jayakumar Nafi Kerajaan Pusat...

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengetepikan laporan media asing...

6 Ahli Parlimen KL...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen...

Parti ‘Full Moon Beach’...

BESUT - Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO)...

Gempa: Mayat Ke-2 Dipercayai...

SEORANG wanita dari Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu...

Umat Islam Di Malaysia Perlu Kukuhkan Perpaduan

PASIR PUTEH – Kedudukan agama Islam di rantau Asia Tenggara akan terancam sekiranya umat Islam di negara ini terus menjadi lemah akibat perpecahan sesama sendiri yang tidak dibendung dengan bijaksana.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi bagi membolehkan kerajaan melakukan pelbagai perkara untuk memenuhi tuntutan ke arah itu.

“Ini termasuk membina institusi-institusi pengajian tinggi Islam bertaraf antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis sembang dan makan pagi di Kampung Lubuk Batu, Bukit Merbau di sini hari ini.

Lebih 100 penduduk di sekitar kampung itu menyertai majlis tersebut yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali.

Asyraf Wajdi berkata kewujudan institusi pengajian tinggi Islam itu memberi manfaat kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara untuk mengikuti pengajian dan mengembangkannya di negara masing-masing.


Beliau berkata penganjuran Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa setiap tahun sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang, turut meletakkan Malaysia ke hadapan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

“Ini menyebabkan negara-negara Arab khususnya Arab Saudi menjalinkan hubungan istimewa dengan kita dan mengeluarkan pelbagai bentuk bantuan bagi menjamin kelangsungan itu,” katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata sejak akhir-akhir ini, kedudukan Islam sebagai agama rasmi sering kali dicabar disebabkan orang Islam sendiri tidak bersatu walaupun dalam isu-isu berkaitan agama Islam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DAYoRMzoDPU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori