Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Jakim Akan Serap 3,000...

PARIT BUNTAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang untuk menyerap antara 1,000...

Tak Dibenarkan Keluar Masuk...

KUALA LUMPUR - Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri membabitkan kawasan Perintah...

Eksekutif Muda PCSB Ditahan,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah menahan sembilan individu...

Shah Rukh Khan Dikejarkan...

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital...

Undang-Undang Di Malaysia Zalim, Kata AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menuduh undang-undang di Malaysia zalim kerana menahan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd. Ghani di rumahnya di Kota Bahru, Kelantan kelmarin.

Setiausaha Pengelolanya Ahmad Syukri Che Ab. Razab mendakwa, tindakan ke atas Khairul Nizam itu menunjukkan set pemikiran pihak berkuasa di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pemikiran pihak negara maju.

“Amat menyedihkan setelah lebih 58 tahun merdeka dan empat tahun menuju 2020, pihak berkuasa dilihat masih jauh ketinggalan daripada set pemikiran negara maju.

“Ditangkap di rumah, dipisahkan daripada keluarga, malah polis memohon perintah reman sehingga tiga hari hanya untuk menyiasat status-status yang ditulis di media sosial. Seolah-olah ada pasukan khusus yang ditugaskan untuk membaca setiap tulisan aktivis di media sosial setiap saat dan waktu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Syukri mendakwa, sudah tiba masa berhenti menggunakan undang-undang zalim untuk menafikan hak rakyat bersuara kerana ia merupakan tindakan konservatif terhadap hak asasi manusia.

Mynewshub pada 2 Januari lalu melaporkan, Khairul Nizam dalam perutusannya sempena Tahun Baru 2016 telah meminta rakyat Malaysia supaya tidak mengikut ulama semua agama pada zaman kapitalis ini.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama berusaha mewujudkan satu zaman sosialis yang soleh di Malaysia.


Dalam perutusan itu beliau turut mendakwa mewujudkan sistem sosialis merupakan satu ibadah untuk rakyat Malaysia.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia perbalahan semasa manusia selama ini tentang aspek ekonomi dan agama hanyalah pemisahan semangat terhadap perbalahan itu.

“Contohnya Nabi Muhammad S.A.W jika ditakdirkan membawa risalah akidah di negara (dunia) kapitalis sekarang ini, maka pasti Muhammad dibenarkan membentuk NGOnya, bergerak menyebarkan risalah, forum, debat dan sebagainya. Sekadar akidah ketuhanan sahaja,” kata Khairul Nizam dalam perutusan berkenaan.

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori