Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

MARA Tanggung Kos Rawatan...

KUALA TERENGGANU - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai sepenuhnya kos perubatan dan...

KPKT Cadang Pemaju Sebagai...

PETALING JAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi...

PLKN 2.0 Bawa Perubahan...

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) membawa perubahan yang...

Puasa Dan Berlari Atas...

PENGACARA popular, Datuk Haji Aznil Nawawi atau mesra disapa dengan panggilan Pak Nil...

Undang-undang FAM Paling Bodoh! – TMJ

JOHOR BAHRU – Tuntutan sebuah persatuan tempatan ke atas seorang pemain yang berhasrat menyertai JDT II dianggap antara undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) paling bodoh dalam sejarah.

Demikian tegas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas usaha Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail.

Pemain tersebut dilaporkan pada mulanya bersetuju memilih untuk menyertai skuad JDT II sempena menghadapi kancah saingan baharu Liga Malaysia pada musim ini namun secara tiba-tiba dituntut pula oleh KLFA.

Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berpendapat, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda secara rasmi dibubarkan.

Justeru baginda menyifatkan undang-undang FAM yang masih lagi membenarkan tuntutan sedemikian sebagai undang-undang paling bodoh sekali gus menempelak peraturan pemindahan pasukan pemain tersebut.

“Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu selepas skuad itu dibubarkan tahun lalu.


“Ini kerana kita tidak boleh memaksa mana-mana pemain itu untuk bermain bersama-sama dengan pasukan yang tidak dikehendaki mereka,” kata Tunku Ismail, lapor stesen sukan tempatan, Astro Arena.

Terdahulu, KLFA dilaporkan menegaskan pihaknya akan menuntut Muhammad Hafiy Haikal serta dua orang lagi bekas pemain skuad pelapis kebangsaan Harimau Muda C iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga bertitah, baginda masih belum berpuas hati dengan aksi pramusim oleh JDT dan sudah pun mengadakan pertemuan terus dengan pengendali pasukan, Mario Gomez.

Turut dijangka, rombakan dalam skuad JDT oleh Tunku Ismail yang akan disahkan muktamad sebelum tarikh tutup pendaftaran rasmi pemain pada 14 Februari depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori