Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Profesor Amerika Syarikat Pilih...

GEORGETOWN – Tertarik dengan isi kandungan al-Quran membuatkan seorang profesor dalam bidang ekonomi,...

Kerjasama PAS-UMNO Sebahagian Konsep...

ALOR SETAR - Jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO dilihat sebagai sebahagian daripada...

Kembar Ini Lahirkan Anak...

PELIK bin ajaib... Sepasang adik-beradik kembar bernama Sarah Mariuz dan Leah Rodgers, 35,...

Yasmin Ahmad: Karya Sentimentalnya...

SETIAP kali tibanya syawal hati dan perasaan pastinya dicuit dengan rasa pilu tatkala...

Universiti Malaya Ibarat Penjara Mahasiswa – DAP

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP mengecam tindakan Universiti Malaya (UM) mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas lima pelajarnya kerana mengadakan sidang akhbar tanpa kebenaran.

Pengarah Pendidikannya, Leong Yu Sheng berkata, pelajar terbabit tidak perlu dikenakan tindakan hanya kerana mengadakan sidang akhbar mengkritik polisi UM berhubung kuota internet.

“Pelajar bukan banduan universiti. UM tidak sepatutnya menghalang pelajar daripada melontarkan pandangan mereka dan berjuang untuk kebajikan mereka.

“Langkah yang tidak bertamadun ini menindas hak demokrasi dan kebebasan pelajar. Memalukan terutama bagi Universiti yang diiktiraf di peringkat global seperti UM,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Yu Sheng mempersoalkan tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pelajar terbabit.

“UM perlu sentiasa ingat peranannya sebagai institusi pendidikan, bukan sebagai penjara,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]sjCkv6F_5U0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori