VICTORIA Beckham tidak akan menyertai reunion Spice Girls sempena ulang tahun ke-20 kumpulan wanita popular itu.
Menurut TMZ, jurucakap Victoria atau nama timangannya, Posh Spice tidak akan terlibat sama sekali dalam konsert gabungan semula seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
“Posh sangat menghargai setiap momennya ketika bersama ahli kumpulannya yang lain. Namun, kini fokusnya adalah hanya untuk keluarga dan perniagaan jenama fesyennya,” kata wakil tersebut.
Reunion Spice Girls dikatakan bakal menjadi kenyataan apabila Mel B sebelum ini memberikan hint bahawa mereka bakal bergabung semula untuk mengimbau kembali kenangan bersama peminat-peminat setia mereka.
Selain Posh dan Mel B (Scary Spice), Spice Girls yang ditubuhkan pada 1994 ini turut disertai Emma Bunton (Baby Spice) , Melanie C (Sporty Spice) dan Geri Halliwell (Ginger Spice). – MYNEWSHUB.CC