Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Serang Akhbar Charlie Hebdo...

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan serangan bersenjata ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie...

Beri Sokongan Penuh Untuk...

TUMPAT - Pergerakan Pemuda Umno memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN)...

‘Underdog’ Di Incheon Satu...

SEPANG - Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan menjadi kelebihan bagi Harimau Muda A...

Komited Pastikan Rakyat Nikmati...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri komited memastikan masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan menerima...

Video: Habis Pintu Dewan Dipecah, Demi Borang PPR

SEBUAH video yang memaparkan kejadian orang ramai merempuh pintu di sebuah bangunan awam di Putatan, Sabah tersebar di media sosial.

Kejadian yang berlaku di Dewan Sri Putatan pada pagi Isnin itu dipercayai berpunca akibat orang ramai tidak mampu lagi bersabar untuk menunggu giliran bagi mendapatkan borang Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Pintu Dewan Dirempuh Demi Borang PPR oleh mynewshub

Menerusi video berdurasi 2 minit 12 saat itu, di permulaan video kedengaran laungan seorang anggota polis mengatakan “Ha masuk! Masuklah, siapa masuk saya tangkap!”.

Namun tidak berapa lama kemudian, seorang individu membalas laungan polis berkenaan dengan berkata “tangkaplah!” membuatkan pintu dewan tersebut dirempuh.


Apa yang boleh kami katakan setelah melihat video ‘rempuhan’ ini hanya dua perkara saja, iaitu mentaliti rakyat dan sikap pihak berwajib yang tidak bersistematik dalam penjualan borang.

Adalah lebih baik jika borang PPR itu diagihkan ke pejabat daerah jadi pihak mereka boleh memberikan kuota jualan dalam sehari bagi mengelak kesesakan dan lebih baik lagi jika menjualnya secara dalam talian agar orang ramai boleh memuat turun.

Video tersebut kini telah dipertontonkan lebih 200 ribu kali dan mendapat perkongsian melebih 1,000 kali di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori