WAH! Ternyata berita ini sesuatu yang menggembirakan buat semua peminat setia Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.
Mana taknya, dua pelakon hebat ini telah terpilih dan ditawarkan berlakon dengan hero Tamil popular, Rajinikanth dalam filem terbaharu Tamil berjudul Kabali.
“Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan. Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.
“Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah lagi ia dibintangi aktor lagenda, Rajinikanth, saya rasa peluang dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Sebelum ini aktor Adi Putra juga pernah diberi peluang berlakon dengan King of Bollywood, Shah Rukh Khan menerusi filem Don 2.
Ini mencerminkan kualiti pelakon Malaysia diyakini pengarah-pengarah asing.
Lepas ini, agak-agaknya giliran siapa pula akan mendapat tempat untuk berlakon di samping bintang antarabangsa yang lain? Sama-sama kita nantikan! – MYNEWSHUB.CC