Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di...

PAS Enggan Berkempen Untuk...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berdepan masalah dalam kempen Pilihan Raya Kecil...

Tukang Cat Didakwa Miliki...

KUANTAN - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Takde Kerja Cari Kerja.....

NEW YORK – Gara-gara mahu mengetahui ukuran sebenar Jambatan Brooklyn di sini sebelum...

Wanita Filipina Mengaku Tidak Salah Memperdagang Kanak-Kanak

JOHOR BAHARU – Seorang wanita Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Ahad atas pertuduhan memperdagang seorang kanak-kanak perempuan berasal dari Sabah, sejak 2011 hingga 2013.

Estrellita Tabanao Padilla, 55, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) negara ini, dituduh bersama seorang lelaki, Jasrin Yakin, 28, memperdagang kanak-kanak 12 tahun itu (pada tahun 2011) terbabit dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas, di sini sejak 15 Jan 2011 hingga 17 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.


Tiada jaminan ditawar terhadap tertuduh yang ditahan di Pasir Mas, Kelantan 5 Jan lepas dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori