Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Parti Shafie Ikut PAS...

KUALA LUMPUR - Parti baharu di Sabah yang dipimpin bekas Naib Presiden UMNO, Datuk...

Mengapa Pesawat Pejuang Terbang...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di sekitar ibu negara dan Subang, Selangor diminta...

Peniaga Dipenjara 12 Bulan...

MELAKA - Seorang peniaga alat ganti kenderaan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh...

Shila Amzah Mohon Henti...

PENGHIJRAHAN dilakukan penyanyi terkenal Shila Amzah dengan mengenakan hijab sejak 2012 diterima baik oleh peminat...

Wanita, Majikan Cedera Lamborghini Terbabas Di LPT

KUANTAN – Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam.

Ketua Trafik Pahang Supt Mohd Nor Yusof Ali berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Beliau berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan 50-an.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.

“Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan,” katanya ketika dihubungi di sini.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.

Mohd Nor berkata kenderaan mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut mengalami kerosakan teruk.

Mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NSngyok5d1o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori