Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Kejar Untung Sewakan...

LANGKAWI - Jabatan Perumahan Negara (JPN) memberi amaran tegas kepada pemilik rumah Program...

JZNK Agih Bantuan RM128.66...

ALOR SETAR - Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan bantuan sebanyak RM128.66 juta...

Malaysia Catat Kes Harian...

PUTRAJAYA - Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila...

Datuk Vida Bercadang Tukar...

MADRID - Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman merancang untuk bertemu...

Wanita Maut, 5 Lagi Termasuk Bayi Cedera Dalam Kemalangan

SARIKEI – Seorang wanita maut manakala lima lagi termasuk seorang bayi perempuan cedera apabila dua kenderaan bertembung di Km 434 Jalan Betong/Sarikei/Meradong, pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam insiden 7.30 pagi itu dikenali sebagai Tang Siew Xian, 24, yang merupakan penumpang di tempat duduk hadapan kereta Perodua Myvi.

Pemandu kereta terbabit, Tang Choon Hock, 30, dan penumpang belakang Loo Ming Choo, 29, pula cedera parah manakala bayi perempuan, Tang Xian Ching, 11 bulan, hanya cedera ringan.

Ali Morshidi, 40, yang memandu Perodua Viva dan anaknya Nuranisah Ali, 18, turut cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Boniman Margiman yang mengesahkan kemalangan itu berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei.


“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan berselekoh apabila Perodua Myvi dari arah Sarikei hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Viva yang dalam perjalanan dari Selalang ke Sarikei,” katanya.

Beliau berkata sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan kekuatan lapan anggota, dikerah untuk mengeluarkan mangsa dari kedua-dua kenderaan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori