Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jutaan Kanak-Kanak Miskin Ketinggalan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat global akan menghampakan harapan jutaan kanak-kanak sekiranya ia tidak...

Mohamad Nordin Harap Kerajaan...

KEDUDUKAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang masih lagi terumbang-ambing membawa ketua pengarahnya...

Gadis Bakal Nikahi Duda...

KOTA BHARU - Benar kata orang, cinta itu cukup luar biasa yang tidak...

Bos Jamu Mak Dara...

KOTA BHARU - Tindakan ramai usahawan muda sanggup aib dengan memuat naik iklan...

Warga China Maut Dalam Pergaduhan Dengan Keluarga Isteri

SHAH ALAM – Seorang warga China maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan isteri dan anggota keluarga isterinya di sebuah rumah di Setia Alam di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa yang berumur 39 tahun itu cedera di mata, dada dan bengkak di belakang kepala dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

“Mangsa dikatakan datang ke rumah isterinya kira-kira tengah malam dengan tujuan untuk mengambil dan membawa anak mereka yang berusia empat bulan untuk pulang ke China.

“Berikutan itu berlaku pergelutan antara mangsa dengan isterinya apabila wanita itu melarang mangsa untuk mengambil anak mereka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata susulan pergaduhan itu, ibu kepada wanita tersebut yang turut berada di rumah itu bertindak menghubungi anak lelakinya iaitu adik kepada wanita berkenaan bagi memaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Adik lelaki wanita itu kemudiannya datang ke rumah berkenaan bersama bapanya yang berusia 66 tahun dan seorang rakannya.


“Dari situ berlaku pergaduhan antara mereka dengan mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Shafien berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau berkata susulan kejadian itu, empat suspek berusia antara 32 hingga 66 tahun termasuk isteri kepada simati yang berusia 37 tahun ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori