SEORANG wartawan wanita, Ruqia Hassan telah dibunuh oleh kumpulan militan ISIS selepas dia didakwa menjadi perisik dengan menulis mengenai kehidupan harian di bawah pemerintahan ISIS di kubu kuat kumpulan berkenaan di Raqqa, Syria.
Kematian Ruqia yang menggunakan nama pena Nissan Ibrahim telah disahkan oleh aktivis.
Bagaimanapun tidak diketahui bila militan ISIS itu menahan wartawan muda berkenaan namun twitter terakhirnya adalah pada 21 Julai tahun lepas.
Tulisan terakhirnya pula adalah : “Teruskan dan potong internet, utusan merpati kami tidak akan mengeluh.
Keluarganya telah dimaklumkan mengenai kematian Ruqia, tiga hari lalu dan dimaklumkan bahawa dia didapati bersalah kerana menjadi perisik.
ISIS telah menjalankan kempen pembunuhan bertujuan untuk menutup mulut orang ramai yang cuba menentang militan berkenaan atau memberikan maklumat mengenai pergerakan mereka di Raqqa. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]9JhqeP460fo[/wpdevart_youtube]