Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sistem Kejara Perlu Dikuatkuasa...

GEORGE TOWN - Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) perlu dikuatkuasakan serta...

Robert Kuok Kekal Individu...

TAN Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$11.3 bilion,...

Tambah 8 Minit Waktu...

JABATAN Mufti Kedah mengumumkan perubahan waktu solat Subuh dan Imsak bagi seluruh negeri...

Atilia Enggan Tangguh Timang...

PETALING JAYA - Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera...

Tabung Haji Mampu Bayar Dividen Tahun Ini – Ketua Audit Negara

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (LTH) mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendeposit tahun ini, kata Jabatan Ketua Audit Negara.

“Berdasarkan kajian semula penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima, kami mendapati bahawa LTH mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendeposit,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan.

“Penentuan kadar dividen adalah terletak di bawah tanggungjawab lembaga Tabung Haji,” katanya.

Ambrin mengulas laporan baru-baru ini yang mempersoalkan keupayaan dana jemaah haji itu untuk membayar dividen tahun ini selepas kebimbangan mengenai keadaan kewangannya.

Ambrin juga berkata kajian semula penyata pendapatan sebelum dividen diisytiharkan adalah amalan biasa untuk memastikan dasar-dasar perakaunan yang diterima pakai oleh mereka adalah selaras dengan konsep berhemah.


Dilaporkan minggu lalu bahawa Bank Negara telah mengeluarkan surat kepada Tabung Haji mengenai kebimbangannya terhadap tahap negatif rizab dana.

Dalam maklum balasnya, Tabung Haji berkata ia mempunyai wang untuk membayar bonus kepada 8.8 juta pendeposit dan dividen akan diumumkan pada bulan Mac. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori