Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Disimbah Asid, Terpaksa Jalani...

DANA Vulin sedang tidur di rumahnya sendirian, di atas sofa apabila dia dikejutkan...

Peserta Uji Bakat AF2016...

MEMANDANGKAN uji bakat Akademi Fantasi AF2016 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya Ahad lalu...

Perlis Negeri Pertama Bebas...

PUTRAJAYA - Perlis negeri pertama di negara ini bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19)...

Piala AFF Suzuki: Dollah...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengumumkan senarai akhir...

TH Tak Jual Tanah Di TRX Tapi Majukan Projek RM820 Juta

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) merancang membangunkan pangsapuri kediaman di tanahnya yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai pembangunan kasar RM820 juta.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata keputusan itu merupakan hasil daripada perbahasan yang diadakan di Parlimen baru-baru ini, yang mana kebanyakannya percaya tanah itu tidak perlu dijual.

“Jika dilihat pada nilai tanah tersebut, ianya telah meningkat dari tarikh pembelian dibuat, daripada RM177.5 juta kepada lebih kurang RM250 juta sekarang.

“Apabila kita bawa perkara ini untuk dibahaskan di Dewan Parlimen, rata-rata ahli perlimen mengesyorkan supaya tanah itu tidak dijual kerana ianya berharga,” katanya pada sidang media selepas pengumuman bonus tahunan oleh Tabung Haji, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah berkata lembaga pengarah belum memutuskan jenis pangsapuri khusus yang akan dibangunkan di tanah itu dan ketika ini ia sedang mendapatkan kelulusan daripada badan kawal selia tempatan.

“Kami perlu melihat kepada pasaran terlebih dahulu kerana ini bukan jenis pembangunan biasa, ia perlu projek mewah.


“Buat masa sekarang, kami mempunyai pembangunan hartanah di Bandar Enstek. Dan saya rasa (bagi projek ini) kami perlu meningkatkan sedikit dari segi pembabitan kami. Oleh kerana peruntukan aset kami bagi bahagian hartanah masih berkembang, saya rasa ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail berkata kumpulan tersebut akan mengekalkan strategi peruntukan asetnya dengan menumpukan kepada pelaburan domestik serta meningkatkan pendedahannya dalam sektor hartanah.

“Sektor hartanah akan memberikan manfaat jangka panjang seperti pendapatan berulang dalam bentuk sewaan.

“Kami menyasar pengambilalihan domestik tahun ini memandangkan iklim ekonomi mencabar dan kami akan berhati-hati dalam setiap keputusan yang dibuat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori