Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Choong Hann Yakin Kemampuan...

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berharap pemain negara,...

Pemandu Treler Mengaku Tidak...

KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang terlibat dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan...

86 Pulih, Tiada Kematian,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara hanya merekodkan 10 kes hari ini, menjadikan jumlah...

Polis Cari Suspek Kes...

KUALA KRAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem,...

Harimau Yang Dilanggar Bukan Terlepas Dari Zoo Berdekatan

KEMAMAN – Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan harimau belang yang dilanggar di kilometer 321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi semalam adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari zoo berdekatan.

Pengarah Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata berdasarkan bedah siasat terhadap harimau betina yang sedang bunting itu, mendapati ia mati akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Harimau berkenaan adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari mana-mana zoo (zoo kemaman),” katanya kepada bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut untuk mengetahui mengenai latar belakang dan habitat harimau seberat kira-kira 100 kilogram itu akan dijalankan oleh Jabatan veterinar dalam masa terdekat.


Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, harimau betina berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang datang dari arah kuala lumpur menghala ke Kuala Terengganu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]L-TrZFgZaDs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori