Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Latheefa Nafi Pegawai Berkait...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan 2 pegawainya yang...

Bon Jovi Bersedia Gegar...

KUALA LUMPUR - "Gembira untuk berada di sini!" jawab penyanyi utama kumpulan rock legenda...

Bomba Guna “Water Bombing”...

MIRI - Unit Udara Bomba Miri telah menggunakan kaedah menjatuhkan air dari udara...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan...

1.24 Juta Mohon Rumah Mampu Milik PR1MA

KUALA LUMPUR – Sehingga kini 1.24 juta rakyat negara ini mendaftar bagi memohon rumah mampu milik di bawah program Perbadanan PR1MA Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias.

Beliau berkata 90 peratus pemohon merupakan mereka yang berusia bawah 40 tahun.

“Daripada jumlah keseluruhan, 47 peratus merupakan pemohon yang masih bujang, 49 peratus sudah berkahwin dan empat peratus bercerai.

“Enam puluh enam peratus merupakan pemohon Melayu, 28 peratus Cina, dan enam peratus India,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Senibina Siswazah PR1MA-PAM (Pertubuhan Arkitek Malaysia) 2015/2016 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Abdul Mutalib berkata sehingga awal tahun ini, 233,380 unit rumah PR1MA diluluskan kerajaan manakala 75,829 berada di peringkat pembinaan di seluruh negara.

Mengenai permintaan rumah mampu milik di bawah program itu, beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 349,000 diikuti Johor sebanyak 142,000.

“Kami sasar untuk bangunkan lebih banyak projek perumahan ‘landed’ serta mengimbangkan jumlah pembinaan antara perumahan ‘landed’ dan perumahan ‘high density’ tahun ini.


“Buat masa ini kami bina 70 peratus projek perumahan ‘high density’ manakala 30 peratus projek perumahan ‘landed’,” katanya.

Sementara itu, Idris mengalu-alukan pertandingan seumpama itu bagi memberi peluang kepada pelajar jurusan senibina mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

“Peserta juga dapat mengetahui isu yang dihadapi PR1MA dalam memenuhi permintaan rakyat khususnya graduan yang ingin memiliki rumah sendiri pada usia muda dengan harga berpatutan,” katanya.

Pertandingan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ‘PR1MA Landed House’, ‘PR1MA High Density Living’ dan ‘PR1MA Transit Oriented Development’ yang masing-masing menawarkan hadiah RM8,000, RM12,000 dan RM24,000.

Pemenang kategori ‘PR1MA Transit Oriented Development’, Lim Min Syn, 26, berkata beliau menyertai pertandingan itu bagi menyumbang idea kepada PR1MA dalam menyelesaikan permasalahan perumahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori