IPOH – Sebanyak 100 keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Ipoh Barat di sini, menerima bantuan makanan sempena perayaan Tahun Baharu Cina Isnin ini.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan.
“Kami akan membantu sedaya mungkin dan sentiasa melihat perkara ini (bantuan) dari semasa ke semasa supaya lebih ramai golongan kurang bernasib baik menerima bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Pangsapuri Wallercourt di sini hari ini.
Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata bantuan makanan berupa beras, tepung gandum, minyak masak, kicap serta bihun disumbangkan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.
Seorang penerima Wong Sau Cheun, 88, berkata beliau merasa gembira dengan bantuan yang diberikan lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap golongan seperti kami,” katanya yang menetap di pangsapuri berkenaan sejak 50 tahun lepas. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]48B5WLC_Dak[/wpdevart_youtube]