Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

3 Penghuni Sekolah Tunas...

KEPALA BATAS - Tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti di Teluk Air Tawar, dekat...

Gibbons Raih Kemenangan Podium...

HULU SELANGOR - Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons daripada Team Dimension Data meneruskan...

Lapan Bayi Hari Malaysia...

GEORGE TOWN - Lapan bayi menerima hadiah berupa wang tunai dan pembukaan akaun...

Video: Wanita Disaman, Berkaraoke...

SEORANG wanita di China telah disaman selepas dia dirakam menyanyi seperti di pusat...

1/3 Kanak-kanak AS Ada Pistol Sendiri Di Rumah

WASHINGTON DC – Satu laporan dari Pusat Dasar Keganasan Amerika Syarikat (AS) mendakwa firma pembuat senjata di negara itu kini ‘berani’ menyasarkan kanak-kanak semuda enam tahun sebagai pelanggan mereka.

Strategi pemasaran mereka cukup kreatif sama seperti diamalkan oleh pengeluar produk permainan kanak-kanak iaitu dengan menghasilkan model pistol yang berwarna-warni, sekali gus dapat menarik minat golongan cilik itu.

Di samping itu, syarikat sedemikian juga, mula menggalakkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi mengikuti kelas latihan menembak seawal mungkin konon sebagai langkah mempertahankan diri sendiri.

Menurut laporan pusat tersebut lagi, sasaran firma itu kini ditumpukan kepada pengguna yang lebih muda usianya kerana kumpulan pengguna utamanya iaitu orang dewasa pula semakin meningkat umur tua beberapa tahun lagi.

kids gun

Industri pembuatan senjata AS juga giat menggalakkan ibu bapa memperkenalkan penggunaan senjata dalam kalangan anak mereka pada usia muda lagi dengan mempopularkan pistol mainan mirip yang versi sebenar.


Keganasan senjata api semakin berleluasa di AS apabila kajian pusat itu mendapati satu pertiga daripada kanak-kanak tinggal di dalam rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu senjata milik keluarga sendiri.

Kajian malah menunjukkan submachine gun jenis Uzi buatan Israel adalah model paling popular dalam kalangan ibu bapa untuk anak mereka kerana ia mudah diguna pakai dan lebih mesra kanak-kanak seawal usia dua tahun.

Dalam pada itu, menurut kumpulan pemantau bagi keselamatan senjata, Everytown, statistik juga menunjukkan bahawa tujuh kanak-kanak dan remaja dibunuh dengan senjata api di seluruh AS secara purata pada setiap hari.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: 50,000 Siswa Universiti Texas Bawa Senjata Ke Kelas

Juga: China Pengeksport Senjata Terbesar Selepas AS, Rusia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori