TAINAN – Keseluruhan 132 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan menara pangsapuri di Taiwan yang runtuh dalam gempa bumi kuat awal pagi semalam, kata pegawai kerajaan.
Angka itu lebih tinggi berbanding anggaran awal pihak berkuasa apabila penyelamat meneruskan usaha menyelamat di bangunan 17 tingkat di Tainan menggunakan anjing pengesan dan peralatan akustik, mencari petanda ada mangsa yang masih hidup.
Pasukan penyelamat percaya 29 daripada mangsa terperangkap lebih mudah diselamatkan berbanding bakinya yang tertimbus jauh di dalam runtuhan, kata pegawai kerajaan Tainan. – REUTERS
[wpdevart_youtube]4-Z6YHJtb3Q[/wpdevart_youtube]