Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

22 Rakyat China Didakwa...

PETALING JAYA - Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan ke dua...

RM1 Bilion Untuk Dana...

KUALA LUMPUR - Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi...

Cargolux Mendarat Cemas Di...

PENERBANGAN Cargolux Airlines CV703, dalam perjalanan ke Zhengzhou, China, terpaksa berpatah balik ke...

“Tak Masuk Akal Dakwa...

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan kononnya beliau mendalangi isu...

15 ADUN Pembangkang Kedah Menghadap Jemaah Pemangku

ALOR SETAR – Selain 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Jemaah Pemangku Sultan Kedah juga dilaporkan ingin mendapat pandangan dan pendirian dalam kalangan 15 ADUN pembangkang.

Kesemua wakil rakyat tersebut telah mengesahkan menerima jemputan untuk menghadirkan diri pada pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Blok E, Wisma Darul Aman di sini mulai pukul 2.30 petang Selasa.

ADUN pembangkang di Kedah terdiri masing-masing daripada lapan ahli dari PAS; dua orang dari DAP, empat orang dari PKR dan seorang sahaja wakil tunggal dari PAN iaitu Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi.

Pada Isnin, drama tunggu punya tunggu dari jam 2 petang hingga 6 petang di luar pekarangan Wisma Darul Aman akhirnya menyaksikan wartawan tempatan terpaksa pulang semula ke pejabat dalam keadaan ‘tangan kosong’.

Harapan untuk mendapat ‘berita besar’ ekoran pertemuan bersama-sama 20 ADUN BN Kedah dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahkan tidak berhasil apabila tiada pengumuman rasmi dibuat selepas ia berakhir.

Semua petugas media ternanti-nanti pertemuan tersebut ekoran desas desus kemungkinan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bakal membuat pengumuman mengenai kedudukan sebenar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Wartawan yang terpaksa menunggu sejak dari jam 2 petang melihat dalam kalangan ADUN BN Kedah satu persatu memasuki Wisma Darul Aman sebelum diikuti kalangan tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tiba pada pukul 2.40 petang, diikuti Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah pada 2.55 petang.

Pengerusi jemaah tersebut iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah tiba di Wisma Darul Aman pada pukul 3 petang sebelum memulakan sesi pertemuan dengan semua ADUN seorang demi seorang.


Selain tumpuan utama terhadap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata, Mukhriz turut dilihat masuk ke bangunan tersebut pada pukul 4.55 petang.

Menteri Besar Kedah yang ke-11 itu serta dilaporkan hilang kepercayaan daripada 19 ADUN BN Kedah baru-baru ini dilihat keluar pada pukul 5.25 petang iaitu hampir sama waktu dengan Tunku Sallehuddin sendiri.

Difahamkan Pemangku Jemaah Sultan menemui setiap ADUN secara berasingan dan langkah itu menyerupai krisis Menteri Besar Perak pada 2009 apabila almarhum Sultan Azlan Shah bertemu semua secara peribadi.

Namun ketika ADUN-ADUN kerajaan dilihat keluar meninggalkan wisma tersebut, semuanya didapati cuba mengelak untuk memberi sebarang ulasan terbaharu mengenai pertemuan berkenaan kepada pihak wartawan.

Ini termasuk Ahmad Bashah dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Ku Rahman Ismail. Malah ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang masih menyokong kepimpinan Mukhriz juga enggan mengulas apa-apa perkara.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: 20 Adun BN Kedah Menghadap Jemaah Pemangku

Juga: Krisis MB – Jemaah Pemangku Sultan Buat Penilaian

Lagi: Bekas MB Dedah Tun M Pernah Paksa Undur Jawatan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori