FILEM bertemakan sukan bola sepak, Ola Bola terus mencatat angka kutipan yang sangat memberansangkan apabila berjaya memperolehi sebanyak RM12 juta dalam masa hanya 18 hari tayangannya.
Memetik laporan mStar, filem arahan Chiu Keng Guan itu masih lagi mengungguli carta ‘top 10’ di pawagam Golden Screen Cinema (GSC).
Filem yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar itu berkisarkan mengenai kejayaan pasukan bola sepak Malaysia pada awal 80-an.
Ola Bola diterajui pelakon baharu seperti JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng dan Lim Jian Wen selain aktor popular, Bront Palarae.
Filem terbitan Astro Shaw itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC