Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Arah MPS...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menutup...

742 Sekolah Selangor Terima...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah mengagihkan sejumlah RM25.8 juta kepada 742 sekolah...

TH Hantar Petugas Ke...

ARAFAH - Jawatankuasa Induk Persiapan Masyair Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1439H...

“Nak Kempen Apa, Pilihan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan terbabit...

173 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke 8 Pusat Pemindahan Di Alor Gajah, Jasin

MELAKA – Lapan pusat pemindahan dibuka di Alor Gajah dan Jasin bagi menempatkan 173 mangsa banjir daripada 46 keluarga sehingga 3 petang tadi berikutan hujan lebat, sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu 95 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan di Alor Gajah manakala 78 mangsa di tiga pusat pemindahan di Jasin.

Beliau berkata pusat pemindahan banjir di Alor Gajah ialah Balai Raya Kampung Gadek dengan 40 mangsa, Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal (14 orang), Balai Raya Bukit Tambun Durian Tunggal (8 orang), Surau Taman Seri Cahaya Tebong Machap (14 orang) dan Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam (19 orang).

“Tiga pusat pemindahan yang dibuka di Jasin pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh (50 orang), Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 mangsa),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau 20 daripada mangsa yang ditempatkan di salah sebuah pusat pemindahan di Jasin merupakan pelajar sekolah tahfiz di daerah berkenaan.


Beliau berkata kesemua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan selepas hujan lebat di kawasan mereka bermula 4 petang semalam.

Katanya, pusat pemindahan pertama dibuka di Jasin kira-kira 1 pagi.

Effendy berkata kedua-dua daerah berkenaan juga dijangka akan mengalami hujan lebat dan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori