KANCAH perlawanan kedua Liga Super Malaysia antara pasukan Pulau Pinang menentang Pahang FC Selasa malam menyajikan sesuatu yang mengujakan dan jarang-jarang sekali berlaku dalam arena bola sepak Malaysia.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9wig_7n6WuQ]
Faiz Subri, pemain skuad Harimau Kumbang berjaya mencuri tumpuan seluruh dunia apabila sepakan percuma yang diambil olehnya melencong dengan unik sebelum menerjah masuk ke gawang pintu gol Pahang.
Portal sukan antarabangsa Thesportbible melaporkan bahawa sepakan tersebut bermungkinan tersenarai untuk memenangi anugerah Puskas, iaitu satu anugerah terhadap pemain menjaringkan gol yang cantik.
Ia turut dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya serta telah menerima lebih 10,000 ‘likes‘ dan lebih 2,000 perkongsian selain lebih 3,000 komen dari seluruh dunia.
Portal sukan terkenal antarabangsa, eurosport.co.uk malah menyifatkan gol dijaringkan di stadium tertua di Malaysia, Stadium Bandaraya George Town itu sebagai yang paling luar biasa.
Sepakan percuma sejauh 35 ela dari sebelah kiri padang, disertakan dengan lencongan dan agak biasa yang mana tentu akan menjadi kebanggaan jika ia diambil sendiri oleh Roberto Carlos.
Ia seolah-olah kelihatan ingin ke arah satu penjuru sebelum mendarat tepat dalam gawang gol lawan. Skuad Haria Penang Haria menang 4-1 ke atas pelawat Tok Gajah. – MYNEWSHUB.CC