Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ozlynn Sentap Bila Peminat...

TIDAK dinafikan, menjadi pasangan hidup kepada seorang artis popular memerlukan pengorbanan dan pengertian yang...

Video: Bahana Main Pemetik...

VIDEO memaparkan kejadian di sebuah stesen minyak, sebuah kereta disambar api kini tersebar di...

Dakwah Adam Corrie Beri...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon, Adam Corrie yang sememangnya popular menerusi watak 'Dragon' dalam...

Peminat ‘Hencap’ Kamal Adli,...

Umum mengetahui pelakon cantik yang jarang dikaitkan dengan gosip liar, Intan Ladyana sudah...

Graduan Kejuruteraan Mekanikal Derita Kanser Tulang

IPOH – Graduan bidang kejuruteraan mekanikal dari Politeknik Ungku Omar di sini terpaksa melupakan hasrat untuk mencari pekerjaan seperti rakan lain selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat, sejak November lalu.

Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, 22, kini hanya mampu terbaring di katil susulan keadaan tangan kiri yang semakin bengkak akibat penyakit itu.

“Saya hanya baring di atas katil ini, hendak bangun pun tak boleh sebab bengkak ini terlalu besar dan berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Anjung Elit, Bercham di sini hari ini.

Bapanya, Abu Bakar Ali, 52, sedih dan bimbang mengenai kesihatan anak sulungnya itu selain buntu memikirkan kos rawatan memandangkan beliau hanya bertugas sebagai penolong penguat kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurutnya, penyakit anaknya itu mula dikesan selepas terjatuh ketika bermain futsal April lalu.

“Akhirnya, selepas pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Pantai Ipoh doktor sahkan anak saya menghidap kanser yang jarang ditemui pada manusia dan minta saya rujuk penyakit anak saya ke HKL,” katanya.

Katanya, rawatan lanjut di HKL terpaksa ditangguhkan seketika kerana ketika itu Abu Ammar Mustaqim perlu menghabiskan pengajiannya di Politeknik Ungku Omar.


“Selepas rawatan di HKL doktor maklumkan kanser anak saya tidak boleh dirawat, maka saya bawa dia balik ke rumah dan mencuba perubatan alternatif termasuk tabib Cina yang memerlukan kos RM400 untuk sekali rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim berkata kerajaan negeri akan membantu Abu Ammar Mustaqim dari segi kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga.

“Sedih apabila saya melihat keadaan Abu Ammar Mustaqim kerana dia masih muda dan perjalanan hidupnya masih panjang,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Abu Bakar di talian 012-5393797 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB milik Abu Ammar di nombor 7054652797. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p_zSfzq9cAU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori