Altria Group, syarikat tembakau terbesar di Amerika yang juga pengasas jenama Marlboro akan mengecilkan bilangan pekerja mereka untuk menjimatkan AS$300 juta setahun. Duit dari penjimatan itu akan mereka laburkan ke dalam industri yang sedang giat berkembang iaitu rokok elektronik atau vapor.
Altria (sebelum ini dikenali sebagai Philip Morris) walaupun mengawal lebih daripada separuh jualan industri rokok tembakau di Amerika, tetap mengambil langkah memecat pekerja disebabkan jualan suku akhir tahun lepas mereka merosot sebanyak 2.6 peratus.
Tidak diberitahu jumlah spesifik berapa orang yang akan dipecat, tetapi Altria komited untuk melabur wang syarikat ke dalam industri rokok elektronik selepas itu.
Dengan peningkatan perokok elektronik di Amerika, syarikat tembakau di sana sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keuntungan mereka.
Strategi paling popular dalam dekat lalu adalah mengembangkan perniagaan mereka di Asia kerana undang-undang berkenaan rokok tidak terlalu ketat (undang-undang menghisap rokok di tempat kerja dan pengiklanan) di sana.
Terbaharu, syarikat tembakau mula mengeluarkan sendiri jenama rokok elektronik mereka untuk mengikt trend pasaran.
Masih banyak tempat di Amerika yang melarang vape di tempat awam. Tetapi ianya mungkin berubah jika di masa hadapan kerajaan Amerika mengubal undang-undang khas untuk kaki vapor.
Buat masa ini, syarikat Altria nampak masa depan rokok eletronik di mana ianya bakal menjadi pilihan utama berbanding rokok kotak traditional suatu hari nanti. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TO_ORkCoJCA]