Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Rita Menang, Aidil Zafuan...

SETELAH berhempas pulas dan menanti lebih setahun lamanya, pelakon Rita Rudaini akhirnya berjaya...

ā€˜Mengecewakanā€™ Jika Benar Streram...

RANTAU - Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

“Baki RM3 Pakcik Kantin...

TULAR di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu yang kesal dengan tindakan...

‘Mykira GST’ Permudah Semak...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan...

Rayani Air Mulakan Penerbangan Sulung KL-Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, hari ini memulakan penerbangan sulungnya bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, laluan ketiga selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Baharu.

Ketibaan pesawat Boeing 737-400 dengan muatan penumpang kira-kira 70 peratus pada 11.10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi dalam ucapannya berkata kerajaan negeri Sabah menyambut baik langkah syarikat penerbangan itu yang menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik yang selari dengan usaha kerajaan untuk merancakkan industri pelancongan dalam negara.

“Ini merupakan satu langkah logik untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi global yang begitu mencabar,” katanya.

Beliau berkata masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengenali keindahan dan keunikan negara sendiri.

Katanya pelancongan domestik perlu terus digalakkan dan penerbangan Rayani Air ke Sabah dapat membantu rakyat Malaysia mengenali negeri ini dengan lebih baik.


Katanya Sabah menawarkan banyak produk pelancongan termasuk pelancongan alam semulajadi seperti mendaki Gunung Kinabalu, pulau-pulau peranginan untuk aktiviti selaman dan kebudayaan.

Masidi berharap Rayani Air akan sentiasa mengutamakan kualiti perkhidmatan termasuk dari segi ketepatan masa agar setara dengan perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang lain.

Beliau turut mencadangkan syarikat penerbangan itu meluaskan laluannya ke bandar-bandar utama di Sabah seperti Tawau dan Sandakan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran meminta pengguna di Sabah agar terus menyokong syarikat penerbangan itu dalam usahanya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori