Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

398 Tahanan Etnik Rohingya...

ALOR SETAR : Sebanyak 398 etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen...

Kes Baharu Covid-19 Terus...

PUTRAJAYA - Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak...

Gempar, Mahkamah Jitra Terima...

JITRA - Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima panggilan bom palsu...

Wanita Tikam Lelaki Atas...

SEORANG lelaki malang, Lenny Mordarski dikejutkan daripada tidurnya menggunakan cara yang tidak disangka-sangka...

PAS Berkecuali Dalam Isu Jawatan MB Kedah

KUALA LUMPUR – PAS mengambil sikap berkecuali dalam kemelut jawatan Menteri Besar yang sedang berlaku di Kedah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi berakhlak dan beradab dalam isu tersebut.

Justeru, beliau berharap agar kemelut itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

“PAS menggesa agar masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui DUN untuk ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Isu jawatan Menteri Besar Kedah bermula apabila sebanyak 14 UMNO Bahagian di negeri itu menyatakan hilang kepercayaan ke atas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang memegang jawatan itu.


Mukhriz bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur dengan menggunakan alasan rakyat mahukan beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

Pendirian Mukhriz tersebut mendapat sokongan padu pemimpin dan penyokong pembangkang yang mahu mengambil kesempatan daripada isu itu untuk memburuk-burukkan UMNO.

Calon bagi mengisi jawatan Menteri Besar ditentukan oleh parti politik yang menang dalam pilihan raya umum dengan perkenan Sultan atau Raja. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori