PENDUDUK di Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak dan Kelantan dikhabarkan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman ala musim bunga di London tidak lama lagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Suhu di kedua negeri itu dijangka turun sehingga 20 darjah Celcius sepanjang Februari ini berikutan bawaan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama mengakibatkan laluan luruan angin.
Menurut laporan jabatan tersebut, luruan angin kutub utara itu ‘berpecah’ dari sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.
“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutama di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi berlatitud tinggi.
“Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,†lapor Kosmo yang memetik sumber jabatan itu.
Cuaca sejuk itu dijangka bawah suhu kebiasaan di Cameron Highlands dan Genting Highlands yang hanya mencatatkan suhu 22 hingga 24 darjah Celsius.
Fenomena luruan angin itu dilaporkan terdahulu melanda Vietnam dan Thailand dengan suhu di Bangkok dicatatkan serendah 13 darjah Celsius.
Sebelum ini, beberapa kawasan di dalam negara pernah mengalami cuaca sejuk pada 2014 di mana kawasan Kuala Krai, Kelantan pernah mencatatkan suhu sekitar 17 darjah Celsius.
Bagaimanapun, maklumat terkini yang diterima kami mengatakan dakwaan berkenaan cuaca sejuk tersebut adalah tidak benar.
Pihak Jabatan Metreotologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini tampil menafikan penyebaran berita berkenaan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bertarikh 1 Februari, menyatakan suhu bagi Malaysia yang beriklim tropika secara amnya antara 22 darjah Celsius pada sebelah pagi, manakala 35 darjah Celcius pada lewat petang.
Berikut adalah kenyataan penuh MET Malaysia yang menafikan suhu sejuk sehingga 20 darjah celsius akan melanda negara.
“Secara amnya suhu minimun bulan Januari 2016 didapati lebih panas dan biasa antara 1 darjah celcius ke dua darjah celcius, malah suhu terendah bulan Januari 2016 lebih tinggi daripada rekod suhu terendah jangka panjang bagi Januari.
“MetMalaysia menjangkakan keadaan yang sama akan berlarutan sehingga bulan Jun 2016. Sehubungan dengan itu suhu minimun dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celcius sepanjang bulan Februari 2016 seperti yang dilaporkan. MetMalaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” petik kenyataan jabatan itu.
Kenyataan itu turut menyebut berkenaan peningkatan suhu adalah selari dengan jangkaan awal apabila kesan El Nino menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah celcius.-MYNEWSHUB.CC