Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Wanita Perlu Tingkat Nilai...

KOTA KINABALU - Golongan wanita di Sabah disaran berusaha meningkatkan nilai tambah diri...

PAS P.Pinang Usul Putus...

BUKIT MERTAJAM - PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi...

FIFA: Ranking Malaysia Jatuh...

SKUAD Harimau Malaysia sekali lagi merundum ke paras terendah pernah dicatatkan dalam ranking...

Obama Kutuk Pembunuhan Tiga...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama hari ini mengutuk pembunuhan 'kejam dan mengejutkan' tiga...

Video: Berang Dirakam, Pegawai JPJ Campak Telefon Pemandu

VIDEO seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak merampas dan mencampak telefon seorang pemandu dalam satu kejadian baru-baru ini, mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Pemuat naik video, Saidatul Nieshah Azhar mendakwa bapanya telah diperlakukan secara kurang ajar selepas beliau merakam secara dekat beberapa anggota JPJ yang sedang bertugas.

JPJ kurang ajar! Hempas henfon abah aku,” katanya di pautan video.


Berang Video Dirakam, Pegawai JPJ Campak… oleh mynewshub

Saidatul memberitahu, ketika kejadian ayahnya memaklumkan bahawa pihak JPJ telah melakukan operasi sekatan jalan tanpa menggunakan sebarang kon dan bertindak menahan kereta pengguna jalan raya mengikut sesuka hati mereka.

Buat roadblock tak ada cone dan sesuka hati tahan orang. Mohon viralkan!” katanya.

Selepas ditahan JPJ, ayahnya mendakwa telah diberikan surat saman namun tidak didedahkan atas kesalahan apakah saman terbabit.


Dah dekat 20 buah kereta, kereta aku saja yang ditahan tetapi kereta yang lain tidak ditahan. Dia (JPJ) kata “Encik tolong tahanlah”. Inilah pegawai dia,” katanya sebelum telefonnya dirampas dan dicampak ke tepi jalan oleh anggota JPJ terbabit.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati ramai yang menempelak sikap perakam video yang dianggap mengganggu urusan kerja anggota JPJ dan tidak kurang juga, yang mempersoalkan kewajaran anggota terbabit bersikap kasar sebegitu kepada orang awam.

Seorang pengguna Facebook menasihatkan Saidatul agar tidak melakukan provokasi seperti merakam video anggota yang sedang bertugas dan menerangkan ‘skop’ kerja sebenar anggota pengguatkuasa.

Awak, JPJ atau polis kalau nak buat roadblock pun bukan semua dia nak tahan. Kalau dia rasa dia nak tahan, dia tahanlah. Awak tak boleh nak kata kenapa dia tak tahan semua kereta. Lepas tu buat video nak aibkan dia pulak. Jangan cakap JPJ, semua orang pun marah kalau dah kena record sampai lubang hidung mcm tu. Kalau saya jadi awak, saya tak post video ni sebab malu lah wak,” tulis Zafira Zafir.

Sehingga kini, posting mengenai video berkenaan telah dikongsikan lebih 21,000 dan ditonton lebih 247,000 kali di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori