KETIBAAN Februari menandakan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang.
Untuk meraikannya, Lenovo Malaysia membawakan telefon pintar flagship yang terbaru dari mereka, Vibe X3 bersama tawaran khas Tahun Baru Cina.
Lenovo Vibe X3 yang tiba di Malaysia, adalah versi berkuasa tinggi dan bukannya edisi Youth sebelum ini.
Dikuasakan dengan cip CPU Qualcomm 6-teras, Snapdragon 808 berkelajuan 1.8GHz, bersama 3GB RAM LPDDR3 dan 32GB storan dalaman.
Slot kad mikroSD sedia menerima storan tambahan sehingga 128GB, serta dua lagi slot kad sim. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong 4G LTE.
Skrin Vibe X3 sebesar 5.5-inci, mempunyai resolusi HD penuh. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3.
Di bahagian kamera, ia mempunyai kamera sebesar 21MP di belakang, yang dilengkapi autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan dwi-tona LED Flash. Kamera depannya pula 8MP. Ia juga memiliki pengimbas capjari, di bawah kamera belakang.
Salah satu ciri utama yang terdapat pada peranti flagship ini adalah sistem audio Dolby Atmos.
Vibe X3 dikuasakan dua pembesar suara yang terdapat pada hadapan peranti serta sistem pembesar suara dilengkapi teknologi Hi-fi 3.0, yang dijana cip amplifier OPA1612, cip DAC ESS ES9018K2M dan cip audio Wolfson WM8281.
Kadar bateri adalah berkapasiti 3,500mAh, tetapi tidak dinyatakan pengecasan pantas bersamanya.
Sistem operasinya diuruskan oleh Android 5.1 Lollipop bersama dengan antaramuka khas Lenovo sendiri.
Lenovo Vibe X3 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,899 termasuk GST.
Untuk pembelian sebelum 14 Februari 2016, pembeli akan menerima kad mikroSD 32GB dan ‘Nut Smart Tracker’  secara percuma.
Malah, pembeli turut berpeluang menyertai cabutan bertuah Lenovo, yang diadakan sempena Tahun Baru Cina.
Cabutan bertuah ini boleh disertai dalam talian, di sini sehingga 14 Februari 2016.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Lenovo