RASNYA jenama Under Armour mungkin agak kurang dikenali di Malaysia tetapi syarikat gergasi ini kian berkembang di seluruh dunia.
Firma yang beribu pejabat di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) ini membuat jualan tahunan sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.5 bilion) tahun lepas.
Syarikat ini menyasarkan jualan tahunan AS$4.95 bilion (RM20.9 biion) untuk tahun 2016. Ia satu angka yang memberangsangkan dari Under Armour.
Tahukah anda CEO Under Armour dahulu pernah tidak mampu untuk membayar tol beharga AS$2 (RM8.50) yang diperlukannya untuk pulang ke rumah?
CEO Under Armour, Kevin Plank berusia 23 tahun ketika mengasaskan jenama Under Armour pada tahun 1996 di basement atau bilik bawah tanah rumah neneknya di Washington D.C.
Dalam program temubual bersama Daymond John (pengasas jenama FUBU), Kevin menceritakan berkenaan sejarah jenama itu semasa awal penubuhannya dahulu.
Beliau memulakan Under Armour dengan bajet AS$16,000 (RM67,780) menggunakan habis kesemua duit simpanannya.
“Semasa saya mencipta label ini, saya berpendapat ianya satu kerja yang mudah sebab saya ada kawan-kawan yang popular yang boleh bantu memakai baju jenama saya ini.
“Orang ramai akan nampak logo Under Armour ini di baju dan jenama ini akan meletup dalam sekelip mata. Realitinya; ia tidak berlaku. Ia tidak semudah apa yang anda fikirkan.†terang Kevin.
Kevin turut bercerita mengenai pengalamannya di mana ketika beliau sedang teruja untuk mengembangkan bisnesnya, beliau mengeluarkan kesemua simpanannya berjumlah AS$3,400 (RM14,400) untuk berjudi.
Beliau merasakan dengan berjudi, beliau dapat gandakan wangnya dan seterusnya mempunyai modal yang lebih untuk syarikatnya.
Tetapi itu tidak terjadi kerana beliau kalah kesemua duitnya dan pulang ke rumah dengan tangan kosong. Pada ketika itulah beliau langsung tidak mempunyai wang walau AS$2 untuk membayar tol pulang ke rumahnya.
Dua perkara yang dapat kita pelajari dari sejarah hidup Kevin Plank ini adalah yang pertama, janganlah kita berjudi.
Walaupun kita mahu cuba menggandakan wang kita dengan cara yang cepat, tetapi ingat risikonya sangat tinggi.
Kedua, jangan putus asa. Dari peristiwa perjudian di atas, Kevin Plank menjadi lebih optimistik untuk membawa syarikatnya ke level yang lebih tinggi.
Dalam bisnes apa sekalipun, ada satu ketika, kita pasti membuat percaturan yang salah. Jangan cepat putus asa. Jadikan pengalaman itu sebagai iktibar. Ingat bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah.
Sumber: The Vocket
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Evw7T34ScqM]