TAHUN Baru Cina akan disambut dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Sempena menyambut perayaan ini, Microsoft menghasilkan lapan Xbox One edisi khas yang dihasilkan oleh artis dari Hong Kong, Taiwan dan China.
Kelapan-lapan rekaan bukanlah untuk dijual, sebaliknya hanya sekadar projek seni melihat apakah terjadi sekiranya konsol Microsoft ini menerima sentuhan Asia Timur.
Namun, kami rasakan agak menarik mengenai edisi khas Tahun Baru China yang dihasilkan oleh Microsoft ini kerana jualan Xbox One di benua tersebut sebenarnya adalah adalah amat mengecewakan.
Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan pada dua minggu lalu, hanya 97 konsol ini terjual di Jepun dalam masa seminggu.
Pada masa yang sama dianggarkan setakat ini 18 Juta Xbox One telah terjual di seluruh dunia berbanding lebih dari 30 Juta Sony PlayStation 4.
Untuk melihat kesemua koleksi lapan konsol edisi khas dan cerita di sebalik setiap rekaan, sila ke pautan laman rasmi Xbox One di bawah.-MYNEWSHUB.CC
Sumber:Xbox