Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benar Kerajaan Negeri...

PAGI tadi, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan lima Majlis Agama Islam negeri lain untuk...

‘Kereta Terbang’ Sejenis Dron,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan...

Kertas Siasatan Tragedi Bot...

KOTA KINABALU - Kertas siasatan berhubung tragedi bot katamaran yang karam di perairan...

Audit Keselamatan Di Taman...

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan...

Projek Lebuhraya Pan Borneo Hadapi Halangan

SEMATAN (Sarawak) – Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof membangkitkan kesukaran yang dihadapi dalam pembinaan atau menaik taraf projek berbilion ringgit, Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau berkata penduduk yang mendakwa mempunyai hak tanah adat ke atas tanah yang diperuntukkan untuk sebahagian daripada projek lebuh raya itu, tidak mahu menyerahkan hartanah mereka.

“Kami bercakap terutamanya mengenai tanah yang tidak mempunyai hak milik yang penduduk ini dakwa sebagai hak tanah adat. Rekod yang terdapat di Jabatan Tanah dan Survei menyatakan sebaliknya. Tanah ini sebenarnya sama ada rizab jalan atau tanah kerajaan negeri,” katanya di sini malam tadi.

Fadillah berkata mereka sepatutnya membenarkan tanah itu digunakan untuk projek ‘yang sangat penting’ ini yang akan memberi manfaat kepada majoriti besar penduduk kerana menyimpan tanah tersebut untuk kegunaan mereka sendiri akan menjejaskan kejayaan untuk menyudahkan projek lebuh raya berkenaan.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak berhubung kemajuan keseluruhan projek lebuh raya bernilai RM16.5 bilion itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2FbmTErXO4I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori