Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Manggis Pahang Tembusi Pasaran...

BENTONG - Jika sebelum ini durian Musang King dari Raub dan Bentong berjaya...

FAM Drastik Batal Perlawanan...

PUTRAJAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan drastik membatalkan dua aksi...

Kes HFMD Di Melaka...

MELAKA - Kes wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka meningkat sebanyak...

Tekong, 7 Warga Myanmar...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang tekong darat bersama enam warga Myanmar dalam...

SKMM Tahan 2 Lelaki Muat Naik Kandungan Jelik Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menahan dua orang lelaki yang disyaki memuat naik kandungan jelik di media sosial pada Disember tahun lepas.

SKMM dalam satu kenyataan berkata dua lelaki berusia 26 dan 57 tahun itu ditahan reman dalam serbuan yang dijalankan di Alor Setar dan Kota Baharu awal minggu ini.

“Peralatan komunikasi milik suspek telah disita bagi membantu siasatan,” kata SKMM dalam kenyataan itu.

SKMM berkata penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah satu kesalahan seperti yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Ini termasuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” kata SKMM. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fDuHKeN_ugY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori