Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Royalti Dimasukkan Sebagai Hasil...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memasukkan penerimaan wang royalti minyak dan gas...

Suspek Liwat Pelajar Tahfiz...

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai meliwat enam pelajar di sebuah...

Sukarelawan Nelayan Bantu Kekang...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan lebih ramai nelayan menyertai...

Akta Hasutan Adalah Untuk...

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi melindungi sensitiviti...

Gempa Taiwan: 100 Orang Terperangkap Dalam Bangunan Runtuh

TAIPEI – Lebih 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh di bandar Tainan, selatan Taiwan susulan gempa 6.4 magnitud yang menggegar pulau itu pada awal pagi ini.

Sedutan video dramatik menerusi televisyen tempatan dan media soal menunjukkan sebuah bangunan runtuh dan rebah manakala sebuah lagi senget susulan gempa berkenaan.

Televisyen Formosa melaporkan seramai 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 17 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong. Pegawai berkata, 69 orang berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam.

Sekurang-kurangnya 30 orang pula diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan. Misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini,” kata jurucakap Agensi Bomba Kebangsaan, Lin Kuan-cheng.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.


Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4. Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik.

Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi.

Sementara itu, gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 yang menyebabkan empat orang terkorban dan mengakibatkan tanah runtuh.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pula yang melanda pulau itu pada September 1999 dan mengakibatkan kira-kira 2,400 orang terkorban. – AFP

[wpdevart_youtube]ernpLTCHfKQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori