Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Universiti Malaya Nafi Ada...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) menafikan terdapat pelajarnya terpaksa berlapar kerana mengalami...

Diddy Hirdy Sambung Sarjana...

PETALING JAYA - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 4 (AF4), Diddy Hirdy...

UMNO Desak PRU-15 Diadakan...

KUALA LUMPUR : Ketua Bahagian UMNO seluruh negara sebulat suara meminta Pilihan Raya...

Penduduk Apas Sentiasa Kenang,...

TAWAU - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas sentiasa mengenang dan...

Gempa Taiwan: Bayi Antara 5 Terkorban

TAIPEI – Lima orang, termasuk seorang bayi perempuan terkorban dalam runtuhan bangunan blok menara kediaman akibat gempa bumi di Tainan, selatan Taiwan, awal pagi Sabtu.

Gempa bumi 6.4 magnitud itu menyebabkan sebuah pangsapuri 17 tingkat runtuh dan lebih 100 orang dilaporkan masih terperangkap, lapor siaran stesen televisyen tempatan di pulau tersebut.

Pegawai jabatan bomba berkata, anggota penyelamat menggunakan tangga hidraulik dan kren untuk menggeledah sisa runtuhan dan menarik keluar lebih 120 orang, dengan sekurang-kurangnya 26 orang dibawa ke hospital.

Anggota bomba dan penyelamat itu juga menggunakan anjing dan peralatan akustik untuk mengesan isyarat yang semakin lemah daripada mangsa yang terperangkap di celah sisa runtuhan bangunan.

taiwan-quake-2-data

Rescue personnel help a victim at a damaged building after an earthquake in Tainan

taiwan-quake-1-data

Pasukan terbabit juga menyiram air di bahagian lain bangunan bagi mengelak api daripada marak. Pegawai Kerajaan Bandar Tainan, Liu Shih-chung, berkata mereka sudah mewujudkan pusat tindakan kecemasan.


Selain itu, syarikat Taiwan High Speed Rail Corp berkata, perkhidmatan kereta api laju dibatalkan untuk laluan ke selatan ketika pemeriksaan dijalankan di atas trek bagi mengesan sebarang kerosakan.

Gempa melanda pada kedalaman 10 kilometer sekitar 2000 GMT (4 pagi waktu Malaysia), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, iaitu 39 kilometer dari timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu.

Pusat gempa itu juga terletak dekat dengan sebuah pelabuhan yang penting. Gegaran tersebut pada awalnya dilaporkan sekuat 6.7 Richter, namun diturunkan kepada 6.4.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii, Amerika Syarikat menyatakan tsunami serata Pasifik yang mampu mencetuskan kemusnahan tidak dijangkakan.

Kali terakhir gempa melanda Taiwan ialah pada Jun 2013, gempa bumi sekuat 6.3 Richter yang melanda tengah pulau itu membunuh empat orang dan menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Gegaran paling buruk ialah pada September 1999 apabila gempa sekuat 7.6 Richter menggegarkan Taiwan hingga mengorbankan sekitar 2,400 orang. – AGENSI/Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]CrdlWsM5UE8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori