Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ribut Landa Depan Pejabat...

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Lembah Klang hari ini digemparkan dengan cuaca buruk...

Nabil Tunai Janji ‘Payung’...

NIAT murni pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad untuk menghantar tiga peminat mengerjakan...

Kecoh Air Banjir Pattaya...

BANGKOK - Netizen Thailand 'gempar' susulan foto tular disebarkan menerusi laman Facebook South...

Pekerja Starbucks Berlatih Toleransi

LOS ANGELES - Starbucks Corp (Starbucks) akan menutup semua 8,000 kafe miliknya di...

MB Kedah: Henti Fitnah Sogok Wang, Polis Dah Dilapor

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan dan menurutnya laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang itu bagi pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Beliau menegaskan sogokan wang bukan budaya UMNO untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.

Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Sayap UMNO Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar.

“Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera… ia boleh merosakkan segala-galanya.

“Kemelut politik di negeri ini telah selesai dan Menteri Besar baharu telah dipilih. Apa yang penting kami perlu bergerak ke hadapan untuk tunaikan janji UMNO semasa pilihan raya umum yang lepas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, beliau akan berjumpa dengan semua pegawai kerajaan negeri untuk mendapatkan penerangan berhubung projek dan program yang sedang dan akan dilaksanakan.


“Saya mahu dengar penerangan mengenai pelbagai perkara bagi memudahkan saya untuk teliti dan membuat keputusan. Seperti Discover Kedah 2016, kami akan teruskan dan mungkin ada sedikit penambahbaikan untuk program pelancongan tersebut.

“Seperti litar lumba kepada generasi muda, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk percepatkan pembinaannya bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Katanya beliau akan meneruskan perancangan yang dibuat oleh Mukhriz di samping menyusun perancangan baharu untuk kebaikan rakyat negeri ini.

BERKAITAN: Ahmad Bashah Mula Tugas MB Kedah

Terdahulu, Ahmad Bashah tiba di bangunan pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada kira-kira 7.50 pagi dan mengetip kad perakam waktu pada kira-kira pukul 7.59 pagi, bagi memulakan tugasnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wFUtCCITtbE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori