Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Kamarulzaman Dilantik Panglima...

KUALA LUMPUR - Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin semalamsecara rasmi dilantik...

Malaysia Buka Pintu Kepada...

NEW DELHI - Malaysia membuka pintunya kepada India, negara pembikin filem terbesar di...

MATTA Mahu Bajet 2018...

GEORGE TOWN – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2018...

Mesej Dakwa PM Akan...

KUALA LUMPUR - Mesej tular di media sosial mengenai Tun Mahathir Mohamad akan...

ADUN PAS Selangor Tidak Sensitif, Berpakaian Ala Dewa Cina

GAMBAR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras, YB Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala-ala Dewa kaum Cina dalam satu majlis sempena perayaan Tahun Baru Cina, menerima kritikan hebat di media sosial.

Khairuddin dilihat berpakaian ‘Chai Shen’ atau ‘Dewa Kekayaan’ seperti mana kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia.

FB_IMG_1454860902933

FB_IMG_1454860894890

fb

Ramai berpandangan, perbuatan Khairudin ini seakan tindakan terdesak bagi meraih sokongan undi daripada masyarakat Cina, khususnya yang berketurunan Tionghua.

FB_IMG_1454862831446

FB_IMG_1454862745686

Meraikan kaum Cina sempena Tahun Baru Cina mungkin bukan satu kesalahan kerana ia adalah perayaan budaya masyarakat ini sejak zaman berzaman.


Tetapi perlukah sampai meniru tatasusila serta berpakaian seperti ‘cosplay‘ Dewa sembahan masyarakat Cina?

dewaaa

fb3

Rasullullah sendiri melarang umat Islam meniru tatasusila orang bukan Islam, seperti sabda Baginda:

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka,” (Sahih. Ahmad).

Tertanya-tanya juga apa agaknya kata Majlis Syura Ulama Pas, adakah mereka akan menghalalkan tindak tanduk Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor ini? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori