Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Baju Mandi Daripada Beg...

KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya...

400 Rumah ‘Flat Columbia’...

SUNGAI PETANI: Jika disebut Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni Paya Nahu di Taman...

Pemberontakan Komunis Telah Lama...

PETALING JAYA - Seorang brigadier jeneral bersara yng memulakan kerjaya tenteranya menentang pemberontakan...

“TRW Masih Tiada Umph!”...

KUALA LUMPUR - "Perlu tahu Liga Malaysia bukannya Liga Perdana Inggeris (EPL)".Itu peringatan...

Zamihan Setuju Dan Pilih Tarikh Baru Debat Dengan Dr Maza

IBARAT percakaran ‘manja’ antara dua ilmuan, Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin hari ini dilaporkan telah bersetuju memilih tarikh 17 Februari untuk meneruskan diskusi dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin (MAZA).

Presiden Aswaja itu dalam satu pertemuan memberitahu penganjur membenarkan Dr Asri membawa 100 orang penyokongnya, manakala Zamihan pula 50 penyokong.

Ana (saya) baru berbincang dengan wakil Datuk Seri Shahidan Kassim dan kami bersetuju untuk adakan debat pada 17 Februari di dewan ICU Jabatan Perdana Menteri, kompleks B pada 9 malam.

Tajuknya, Ideologi Ekstremisme Agama. Peserta VVIP, VIP dalam kalangan penjawat awam, penyokong Asri 100 orang dan penyokong Zamihan 50 orang saja.

“Formatnya, bentang hujah 20 minit, bidasan 20 minit dan soalan kepada pembentang dengan resolusi, patuhi fatwa autoriti agama, akur enakmen negeri dan jangan menuduh dan membuat tohmahan tanpa bukti,” katanya.

Manakala, Dr Maza melalui laman Facebooknya hari ini mengatakan yang beliau menerima cadangan tarikh 17 Februari itu sepertimana yang ditetapkan oleh Zamihan ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha Datuk Seri Shahidan Kassim.

Walaupun tidak mengadakan perbincangan awal mengenai tarikh yang ditetapkan dengan pihaknya terlebih dahulu, Maza dilihat akan memberikan keutamaan pada tarikh tersebut.


DS Shahidan Kassim, in sha Allah saya hadir. Walaupun perbincangan hanya antara pihak DS dengan beliau dan saya hanya dapat pagi ini keputusan terperinci tersebut, namun in sha Allah saya cuba hadir.

Saya akan cuba adjust jadual saya. Saya bukan hadir untuk diri saya, tetapi untuk mengelakkan kegusaran semua pihak yang dituduh dan dicerca tanpa alasan yang kukuh,” tulis Maza di pautan Facebooknya.

Zamihan sebelum ini meminta tunda tarikh debat bersama Dr Maza, disebabkan pada tarikh tersebut (10 Februari), beliau dikatakan mempunyai program bersama banduan di Penjara Machang, Kelantan.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori