Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Thailand Buka Semula Pusat...

BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk menyediakan pusat...

Pengawal Keselamatan Disyaki Bunuh,...

Kuala Lumpur : Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh dan...

BN Tak Pandang Mudah...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang mudah terhadap cabaran pertandingan...

Kelantan Umum Air Percuma...

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di...

Yin Fun Ganti Jing Yi Ke Hyderabad

KUALA LUMPUR – Lim Yin Fun telah dipilih menggantikan Tee Jing Yi bagi acara perseorangan wanita Kejohanan Badminton Pasukan Asia (BATC) di Hyderabad, India mulai 15 hingga 21 Feb.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata pemain perseorangan utama wanita negara Jing Yi telah menarik diri daripada bertanding akibat kecederaan paha.

“Sudah tentu jika kita kehilangan pemain terbaik, ia akan menjejaskan pasukan, tetapi saya sungguh yakin dengan potensi Yin Fun. Saya masih yakin pemain kita akan memberi persembahan baik di Hyderabad.

“Walaupun Yin Fun masih muda tetapi dia mempunyai banyak peluang untuk meningkat. Dalam tempoh dua tiga tahun, dia dapat bersaing pada peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita semasa latihan pusat pemain negara di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini Selasa.

Turut tersenarai bagi acara perseorangan wanita ialah Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying sementara bagi beregu Vivian Hoo/Woon Khe Wei, Amelia Alicia/Soong Fie Cho dan Lee Meng Yean/Low Juan Shen.

Kejohanan di Hyderabad menawarkan slot ke kejohanan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang bakal diadakan di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei ini.


Juara Remaja Dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli akan mengetuai pemain perseorangan lelaki termasuk Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.

Bagi acara beregu lelaki, BAM menyenarai Tan Kian Meng, Ong Yew Sin, Low Juan Shen, Teo Ee Yi, Tan Wee Gieen dan Tan Chee Tean.

Malaysia perlu berada dalam kelompok enam teratas pada BATC untuk layak ke kejohanan Piala Thomas.

Sementara itu Frost berkata jurulatih baharu perseorangan lelaki Indra Wijaya akan tiba Selasa ini sebelum memulakan tugas pada Khamis.

Indra sebelum ini menjadi jurulatih pemain perseorangan Korea. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori