Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Sabah Sokong Gabungan...

KOTA KINABALU - BN Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang bakal diputuskan oleh...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar...

Warga Emas Sesat Di...

CEMAS... Seorang warga emas di Terengganu terpaksa bermalam dalam hutan apabila sesat di...

Perintah Kawalan Pergerakan, Ramai...

KUALA LUMPUR - Menjelang tengah malam Rabu, saat bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi...

Video: 200 Penumpang Rayani Air ‘Amuk’ Akibat Terkandas

SYARIKAT penerbangan tambang murah Rayani Air hari ini terpaksa membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur pada saat akhir yang mana perkara tersebut telah mengecewakan kira-kira 200 penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). 

Kebanyakkan penumpang rata-ratanya merupakan warga tempatan yang mahu pulang selepas bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Perkara ini telah membuatkan beberapa penumpang yang tidak berpuas hati melakukan ‘rusuhan’ kecil di bahagian kaunter Rayani Air, akibat notis pemberitahuan pembatalan penerbangan yang agak lewat kepada mereka.

Kami kesian tengok korang (kakitangan Rayani Air) pulak yang kena jawab semua soalan kami ni, so kami nak jumpa manager.

Kita terima, flight tu rosak, sekarang ni alternatifnya kita nak flight lain, sekarang ni kita nak dapatkan flight lain, sedangkan kita esok kena kerja.


“Ataupun jika tiada alternatif lain, bolehlah berikan kami perkhidmatan Feri kepada kami,” ujar salah seorang penumpang yang terkandas di LTAL.

Pihak Rayani Air dikatakan mengalami masalah teknikal di bahagian enjin pesawat penerbangan dan perkara tersebut telah disahkan di halaman rasmi Facebook mereka.

Pemerhatian kami di laman twitter pula mendapati pada ketika ini, kebanyakkan penumpang kelihatan tidak berpuas hati walaupun ada mendakwa telah dipulangkan semula duit tiket kerana menurut mereka pembatalan saat akhir berkenaan menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket syarikat penerbangan lain yang ternyata mahal berkali ganda jika dibeli sekarang.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori