Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peminat Bola Sepak Banjiri...

DEBARAN demi dabaran untuk raih gelaran juara dalam perlawanan bola sepak acara Sukan...

Zainal Kling Dipanggil Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof. Emeritus Zainal...

Presiden PAS Dedahkan Mengapa...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi menjelaskan mengapa PAS tidak...

Wanita Mahu Jadi Pramugari...

SEORANG wanita terpaksa menderita selepas kawannya yang cemburu telah mencurahkan asid ke mukanya...

Gambar Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S7 Tertiris

KURANG lagi dua minggu sahaja, Samsung akan memperkenalkan Galaxy S7 dan Galaxy S7 yang akan dilancarkan pada acara Samsung Unpacked di Barcelona.

Beberapa gambar peranti ini yang dijana menggunakan komputer telahpun tertiris.

Hari ini gambar sebenar peranti dengan spesifikasi pula tetiris sepenuhnya.

Galaxy S7 mempunyai skrin 5.2″ SAMOLED QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820/Exynos 8890, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte.

Sokongan kad MikroSD dikembalikan dan kemampuan optik pula ialah 12 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 pada bahagian hadapan.

Bonggol kamera utama masih wujud tetapi jauh lebih kecil berbanding pada S6 serta sistem operasi yang digunakan ialah Android 6.0.1.

Samsung-Galaxy-S7-leak-1

Perkara paling mengejutkan ialah ianya dikatakan mempunyai ketahanan air dan debu IP68, di mana setanding dengan ‘kekebalan’ peranti Sony Xperia Z5.


Bateri 3000 mAh digunakan pada S7 dan 3600 mAh digunakan pada S7 Edge.

Sedikit mengecewakan ialah dua peranti ini tidak menggunakan port pengecasan USB-C.

Peranti ini dijangka dijual pada bulan April dengan harga bermula $650 (RM 2742) sebuah.

Adakah anda berpuas hati dengan rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S7?-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori