Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu Di Sri Aman...

KUCHING - Keadaan jerebu di Sri Aman makin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran...

Mahathir Nafi Beri Projek...

KUALA LUMPUR - “Jika kertas cadangan yang dikemukakan bagus, kerajaan akan sokong. Tidak...

Cheng Hoe Optimis Harimau...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe optimis skuad Harimau...

Kak Chah Lepaskan Jawatan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad atau MACP, Habsah...

TiketBola – Kini Pembelian Tiket Bola Sepak Lebih Mudah!

SEBAGAI peminat sukan bola sepak tempatan, adakalanya kami agak sukar untuk mendapatkan tiket perlawanan disebabkan kesibukan waktu sehingga akhirnya menyebabkan kami terlepas menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran.

Selain faktor ulat tiket yang samakin berleluasa, bilangan peminat tempatan yang semakin bertambah juga merupakan antara perkara yang membuatkan kaunter jualan ‘tutup awal’.

Bagi mengatasi masalah ini, sebuah aplikasi baru yang dicipta khas bagi memudahkan pengguna telah dilancarkan, iaitu TiketBola.

Aplikasi di atas talian ini membuatkan pengguna dapat membuat pembelian tiket bagi perlawanan bola sepak tempatan terus melaluinya.

tikettttt

Dikhabarkan, beberapa organisasi bola sepak tanah air telah sedia menjadikan aplikasi ini sebagai medium penjualan tiket.

Antara persatuan yang telah bekerjasama dengan aplikasi baru ini ialah Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), dan Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT).

Menggunakan platform TiketBola, PBSNT menawarkan sistem tanpa tiket, sementara KFA dan PAFA mengimplementasikan kaedah sistem penebusan tiket.


Pengguna hanya perlu membuat pembelian dan menebusnya di kaunter khas untuk tujuan sistem penebusan tiket.

Sementara untuk sistem tanpa tiket pula, pengguna boleh membelinya dan memasuki stadium dengan hanya mengimbas kod QR sahaja.

Dengan permulaan penggunaan platform baru ini, kita mungkin akan dapat melihat ia diimplementasikan dengan lebih menyeluruh di beberapa negeri lain pada masa akan datang, dan mengatasi masalah ulat-tiket.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: TiketBola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori