Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Rancang Keluar Kereta...

TURKI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau merancang menjalin kerjasama...

Pejuang Hamas Berikrar Akan...

GAZA : Hamas berkata, para pejuangnya di Gaza bersedia untuk menghadapi serangan Israel...

Juruterbang Silap Bawa Pasport,...

LEBIH 150 penumpang terkandas selama 15 jam di lapangan terbang Chengdu Shuangliu di...

Terserempak Keluarga Tidur Beralas...

SEREMBAN - Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan...

Fenomena Air Pasang Besar, Mangsa Banjir Di S’wak Meningkat

KUCHING – Fenomena air pasang besar lewat petang semalam dan awal pagi ini mengakibatkan beberapa tempat di daerah Kuching, Bau dan Serian terus digenangi air dan jumlah penduduk terutama yang tinggal berhampiran Sungai Sarawak di sini yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir malam tadi, terus meningkat dengan ketara.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi ini jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan melonjak kepada 5,578 orang pagi ini daripada 3,230 orang malam tadi.

Beliau berkata ketika ini terdapat 21 pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Kuching, manakala lima lagi di daerah Bau, dan dua di daerah Serian.

Bagaimanapun menurutnya pagi ini air di Sungai Sarawak kelihatan sudah mulai surut, dengan kebanyakan kawasan yang dinaiki air sejak malam tadi masih
digenangi air yang bertakung, dan akan mengambil sedikit masa untuk surut sepenuhnya.

Semalam antara tempat yang menyaksikan pemindahan ramai penduduk berhampiran kawasan bandaraya Kuching adalah sekitar Batu Kitang, Kampung Bintawa, Kampung Panglima Seman, Batu Kawa, Tupong Jaya, dan Kampung Pulo.


Walaupun hujan renyai-renyai sekali sekala di kebanyakan tempat di Sarawak sejak kebelakangan ini dilihat semakin berkurangan, namun fenomena air pasang besar ketika ini mengakibatkan keadaan banjir di daerah berkenaan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Agensi yang terbabit seperti JPAM, bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, pejabat residen dan lain-lain lagi terus diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa sejak beberapa hari lepas. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]LPxwx8dbCXM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori