Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mourinho Akur Dalam Marah

JOSE Mourinho terus bengang apabila Manchester United gagal membawa pemain baharu sebelum jendela...

Ramai Islamophobia Di Australia?...

Ramai mengatakan Australia merupakan sebuah negara yang agak rasis terhadap bangsa dan agama...

Poster ‘Rasis’ Kempen Palang...

WASHINGTON DC - Sebuah poster mengenai kempen keselamatan kolam renang yang diterbitkan Palang...

Kerajaan Giat Tingkat Liputan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisatif di bawah program...

Mayat Lelaki Myanmar Lemas Ketika Menjala Ikan Ditemui

NIBONG TEBAL – Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang terjatuh ke dalam tali air ketika sedang menjala ikan bersama tiga rakan senegaranya di Kampung Bagan Buaya Changkat, Sungai Bakap di sini ditemui malam tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Saufi Zakaria berkata mayat Aung Hee Lai, 35, ditemui pada pukul 10.48 malam tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh.

“Pihak bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejak pukul 8 malam selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu berjaya menemui mayat mangsa tidak jauh dari tempat dia terjatuh ketika sedang menjala ikan,” katanya di sini hari ini.

Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.


Dalam kejadian itu, rakan mangsa memaklumkan Aung terjatuh ke dalam tali air di situ ketika menjala ikan pada 3 petang semalam dan mereka hanya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas empat jam kemudian.

Mereka pada mulanya cuba mencari mangsa di tali air itu, namun gagal dan mengambil keputusan untuk meminta bantuan orang ramai di kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis serta bomba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori