Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ustaz Ismail Kamus Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira...

Insiden MH17 Perlu Diadili...

KUALA LUMPUR - Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang...

Wanita 54 Tahun Meninggal...

DUNGUN - Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang...

Anggota Parlimen UMNO Akan...

KUALA TERENGGANU – Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah...

Banjir: Cedera Di Paha Diserang Buaya Ketika Alih Kayu

KUCHING – Seorang mangsa banjir di Kampung Tupong Ulu di sini cedera di paha kanannya selepas digigit seekor buaya pada malam Selasa.

Shakawi Suhaili, 55, berkata ketika kejadian dia mahu mengalihkan kayu di bawah rumah sebelum reptilia itu tiba-tiba muncul menyerang.

12714491_1142814132395904_1514992187_n

“Dalam 10.30 malam selepas mengalih kayu, buaya itu menyerang dan terkam bahagian paha saya,” katanya kepada pemberita di kediamannya pada Rabu.

Shakawi berkata serangan buaya malam tadi merupakan pengalaman pertamanya dan tidak menjangka kawasan sekitar rumah di tepi Sungai Sarawak itu turut didiami buaya.


Sementara itu anak Shakawi, Muhd. Ikhmal berkata dia tidak menyedari bila bapanya turun ke bawah rumah untuk mengalih kayu.

Namun dia terkejut apabila melihat bapanya dibantu jiran-jiran dan abangnya naik ke atas rumah selepas serangan tersebut.

Shakawi yang diserang buaya dibawa ke Hospital Umum Sarawak malam tadi dan dibenarkan keluar hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MEs-0LCoxgY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori