Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aksi Lagak Toyol Mencuri...

HEBAT, aksi dua remaja ala 'ninja' melarikan sebuah televisyen LCD yang didakwa berlaku di...

Kuantan FA Diarah Bayar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah...

PRU14: Pembubaran DUN Kedah...

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan pembubaran...

Pelaburan Dari Jepun Bukti...

PELABUHAN KLANG -Kerancakan kemasukan pelaburan dari Jepun membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh dan diyakini sebagai destinasi pilihan pelaburan jangka panjang walaupun iklim kewangan dunia dilihat tidak menentu.Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan...

“Staf MAB Biadap Terhadap Penumpang” – Leng Yein

AKIBAT tidak menunjukkan sikap profesional dalam pekerjaan, seorang staf Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah mencetuskan kontroversi di alam maya apabila dia dikatakan telah memarahi secara kasar seorang penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Leng Yein meluahkan kekecewaannya berkenaan sikap buruk pekerja terbabit di dalam kejadian yang berlaku di hadapannya sewaktu berada di KLIA baru-baru ini.

Setibanya saya di Malaysia, lelaki ini mempamerkan perangai terburuk sebagai seorang warga Malaysia. Seorang penumpang berbangsa India di hadapan saya menuju ke pintu keluar setelah turun dari pesawat.

Lelaki (pekerja MAB) bernama Abdullah (******045029) menahan individu tersebut dengan muka masam (seolah beliau menghadapi hari paing buruk),” katanya menerusi dalam posting beliau.

dj2

Dia yang juga merupakan seorang DJ seksi sangat terkenal di tanah air menjelaskan rasa terkejutnya apabila pramugara tersebut dengan nada ‘kurang ajar’ bertanya “MANA TIKET AWAK?” kepada lelaki India tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Leng, 30; menjelaskan lelaki India itu tidak menghiraukan sikap kurang ajar pekerja MAB tersebut dan apabila tiba gilirannya, Leng tidak melepaskan peluang untuk membalas ‘budi’ kepada pekerja berkenaan.

Saya berada di belakang dia (lelaki India) dan menunjukkan beliau (pekerja) tiket saya dan dia kata ‘Kurang Ajar!’… Betul-betul di hadapan muka saya,” tegas Leng.


Apabila Leng menyoal “Kenapa pekerja perkhidmatan sangat kurang ajar?” pekerja tersebut menjawab: “Awak tak suka, awak buat aduan lah.

DJ seksi itu kemudiannya membuat aduan terhadap pekerja berkenaan dan memuat naik ke laman Facebook sebagai bukti.

dj

Saya mahu menguji tahap efisien syarikat kapal terbang yang saya sokong selama bertahun-tahun. Lihat sama ada mereka mahu dengar apa yang penumpang katakan (saya sangat berharap) dan menghentikan sikap pekerja berlagak seperti bos dan salah laku dan mencabar penumpang membuat aduan,” ujarnya.

Bagi mereka yang pernah menghadapi insiden sama seperti Leng, tindakan MAB terhadap pekerja seumpama ini sangat dinanti-nantikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori