Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Polis Sah Cubaan Rakyat...

MELAKA - Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk “berjihad” di Rakhine,...

Al-Ishsal Ishak Dilantik Pengerusi...

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai...

Pemandu Pitam, 4 Murid...

BANGI - Empat murid lelaki tidak sempat menduduki peperiksaan pertengahan tahun apabila kereta...

Dua Ditahan Bantu Kes...

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang...

LG G5 Hadir Dengan Paparan Skrin Senantiasa Aktif

PENGHUJUNG Februari 2016 ini, dua peranti baru dijangka mencuri perhatian, iaitu Samsung Galaxy S7 dan juga LG G5.

Kedua-duanya adalah dari pengeluar Korea Selatan, dan kedua-dua peranti juga dinantikan ramai untuk melihat apakah fungsi yang bakal dibawakan olehnya.

Beberapa info awal berkaitan dengan kedua-dua peranti telah tertiris sebelum ini, dan kini info baru hadir mengatakan LG G5 akan menyertakan sokongan paparan skrin yang senantiasa aktif.

Fungsi Always-on pada LG G5 ini dikatakan lanjutan daripada penyertaan fungsi yang sama pada LG V10 sebelum ini. Berkemungkinan, pengguna turut akan ditawarkan dengan sokongan mengubah bentuk paparannya.

Fungsi ini juga dikatakan bukan seperti Ambient Display pada peranti Android lain.


Dengan pengenalan fungsi ini, salah satu perkara yang akan menjadi persoalan ramai adalah bagaimana pihak LG akan mengatasi masalah penggunaan bateri oleh peranti berkenaan.

LG G5 dijadualkan untuk diperkenalkan pada 21 Februari 2016 ini, tarikh sama dengan pengenalan Samsung Galaxy S7.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori