EMMA Maembong memberitahu bahawa dia dan Kamal Adli mahu mendirikan rumah tangga, namun segalanya bergantung pada restu dan kebenaran daripada ayahnya.
“Saya anak yang paling rapat dengan ayah, jadi mungkin dia melihat saya masih kecil dan belum bersedia untuk berumah tangga. Saya hanya menunggu restu daripada ayah saya”

“Kamal memahami keadaan ini, dia juga tiada masalah untuk menunggu restu dari ayah saya. Saya yakin ayah tahu apa yang terbaik untuk saya. Jika diberikan restu, esok juga saya berkahwin.” jelas Emma Maembong.
Semoga ayah Emma cepat memberikan restunya supaya Emma dan Kamal dapat mendirikan rumah tangga.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yoMDoP_MEIg]