KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral Kehormat Askar Wataniah oleh Majlis Angkatan Tentera.
Adenan turut dilantik sebagai penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) negeri Sarawak.
Pemakaian pangkat disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis yang berlangsung di pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dekat sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan dan Mejar Jeneral Datuk Mohd Dalib Basir. – BERNAMA